Kali ini JM nak cerita bagaimana Restoran D***** kehilangan pelanggan tetapnya kepada sebuah restoran lain yang berdekatan..... Restoran A*****.
Pada 23 hb Mei yang lalu JM, Isteri bersama-sama anak JM dan dua orang rakannya baru pulang dari Putrajaya. Anak JM dan rakannya tersangat lapar, dipendekkan cerita JM pun bawalah mereka ke Restoran Penal kami (nama timbangan kami sebab kami pelanggan tetap di situ). Sampai di Restoran D***** jam 12.30 tgh hari. Happy kami kerana tiada pelanggan tentulah ode cepat dapat. Malangnya masakan panas belum siap lagi (ikut iklan boleh mula ode jam 12.00 pm) kerana seorang daripada tukang masak balik kampong. Sementara seorang lagi tukang masuk belum masuk kerja.
Oleh kerana anak saya tesangat lapar kamipun berpindah ke restoran A***** yang bertentangan. Aduh mak rupa-rupanya masakan di situ jaga amat enak, malah ownernya pula begitu peramah berbanding dengan owner Restoran D**** yang agak reserved.
Jadi sejak daripada hari itu juga kami dah ada dua pilihan restoran makan yang berdekatan...... dah ada choice, kalau sebelah ramai kami akan ke sebelah yang satu lagi.
Mungkin ada yang bertanya kenapa sebelum ini tak cuba di Restoran A*****, jawapannya adalah Restoran A***** mengadap cahaya matahari....ianya agak panas. Tapi walau bagaimanapun sekarang selepas JM mencuba di situ...ianya berbaloi sebab makanannya sedap disamping layanan mesra daripada ownernya.
No comments:
Post a Comment