Sunday, May 10, 2009

Jangan Komplain Kalau Service Tak Bagus

Nasihat JM kepada anda yang suka makan di luar. Kalau anda tidak puas hati dengan layanan pekerja anda tidak seharusnya komplain kepada owner walaupun pada dasarnya owner tersebut very-very concern. Ini kerana owner tidak selalu berada di kedai untuk memantau pekerjanya. Kalau anda degil padahnya akan anda terima bila pekerja-pekerja "berperang dingin" dengan anda.

Hari ini JM ke sebuah kedai masakan Thai di Shah Alam, kerana nak meraikan  tamatnya peperiksaan akhir anak JM . Kami kesana kerana anak-anak JM amat meminati buttered prawn. Petang tadi JM buat tempahan meja bagi memastikan ada tempat semasa sampai kerana kami ada tujuh orang semuanya. Anak sulung dan anak kedua bersama rakannya memandu keretanya sementara JM , Isteri dan dua orang anak lagi dengan kereta lain. Mereka sampai dulu ...malangnya mereka bertiga mendapat layanan dingin dari pekerja di situ..mungkin mereka dah kenal ini lah anak-anak si bapa yang buat komplain pada suatu ketika dulu.

Nasihat JM - kalau anda dahkomplain pastikan anda tak jejaki lagi kedai makan tersebut. 

No comments:

Post a Comment