Monday, December 22, 2008

Kita Perlu Belajar Dengan Mereka

Hari ini Isnin JM temankan isteri ke pasar Sek 6 Shah Alam.  Alkisah teringin pula nak makan sayur taugeh. My wife ke sebuah gerai kakak Melayu..konon-kononnya..nak tolong orang Melayulah tuuu.. Sebab kesian tengok dia termenung sorang-sorang, tak ada pelanggan. Kebanyakan pelanggan ( Most of them Melayu ) bertumpu kesebuah gerai Ah Pek.

Sampai kat kereta my wifepun bersungut..macam mana orang kita nak beli kat sesama kita, cuba abang tengok nih..taugeh ni taugeh semalam. Kalau beli kat gerai Ah Pek tu..awal-awal lagi dia kata ini taugeh semalam dan harganya pula akan dipotong hampir separuh dari harga biasa. Kita bukan nak minta dia kurangkan harga tapi apa salahnya cakap ini taugeh semalam.  JM pula jawab salah kita juga take thing for granted.... tak tengok betul-betul sebelum beli.

Lazimnya kami memang tahu kebanyakan sayur mau pun ikan-ikan kalau hari Isnin banyak yang di brought forward dari semalam ( Ahad ). 

JM teringat dua kisah - pertama hari Sabtu lepas JM lunch di sebuah kedai di USJ XX, makan nasi lauk ayam goreng kampung. JM beli juga bungkus untuk anak sulong yang tak nak join. Sistem billing kat kedai tu memang canggih, pakai komputer lagi..pilih menu terus keluar bil.

Masa nak bayar JM bawa bil ke kuanter. Si Mamat cashier "klebet" makanan yang JM bungkus. Dia caj sekali lagi...lalu JM tanya kenapa mahal sangat nih...RM 20 lebih, dalam bil cuma RM 15 je. Ohhh dah kira ke bungkus tu.....tanpa mohon maaf...

Kisah kedua - Malam Ahad JM dan wife ke Kelana Jaya ..makan kueh teaw goreng...kat mana lagi kalau tak ..Lau Wan.

Masa pelayan dia hantar .... kami ode tambahan untuk bungkus. Sedang enak kami makan ode bungkuspun sampai. JM tanya berapa harga dan terus bayar... si pelayan ambil duit dan pulangkan baki sambil berkata ...sorry ye ganggu encik tengah makan.... Lihatlah Melayu..cam mana kaum China berniaga...

Wednesday, December 17, 2008

Lima biji Epal import RM42/=

Hari ini mem teringin nak makan ikan bakar. Jadi dia masak nasi sahaja.... lauk beli kat luar. Seperti biasalah kalau nak makan ikan bakar kami akan ke Restoran Ikan Bakar Fendi di Kelana Jaya ( lihat my first entry) . Sementara menunggu ikan dibungkus kami berdua minum ABC dan cikong. Lepas tu kami ke sebuah pasar raya berdekatan.
My wife beli tiga biji belimbing besi, tiga biji jambu tanpa biji dan lima biji epal. Terperanjat beruk dia bila nak bayar harga semuanya mencecah RM50/= lebih. " Apa yang mahal ni dik 3 barang sampai RM50/= lebih?", tanya my wife. Si cashier pun agak terteranjat...rupa-rupanya harga epal lima biji adalah RM42/= .
Si cashier terus membawa epal tersebut ketempat timbangan untuk reconfirm harga, dengan selamba minah tempat timbangan tu berkata memanglah mahal sebab epal import. Lalu my wife mencelah..... " import dari plenet mana dik ?".
Setelah didesak oleh Cashier dan juga my wife, minah timbang baru terperasan dia salah key in code masa nak timbang.
Nasib baik beli 3 barang saja, kalau lebih tentu tak perasan....

Monday, December 15, 2008

Sibuk berSMS

Semalam 14 Disember 2008, selepas pulang dari majlis kenduri kahwin di Melaka, kami empat beranak singgah di R&R Dengkil untuk minum/makan petang. Cadang nak makan satay tapi dik kerana orang terlalu ramai, kami masuk ke sebuah gerai kopitiam.
Sedang kami asyik menjamu selera masuklah satu pasangan yang pada pandangan saya dalam usia sekitar 30an. Si isteri sedang sarat mengandung. yang lucunya selepas mereka order makanan, kedua-dua mereka terlalu sibuk dengan handphone masing-masing.......
Harap-harap bila dah dapat cahaya mata nanti...jamganlah berSMS bila si anak menangis.
JM kay poh ?? he he ...sekadar memerhati gelagat manusia.

Friday, December 12, 2008

Lazat Dan Enak Rasanya

Senarai ini adalah berdasarkan cita rasa JM dan keluarga. Keenakan rasa mungkin telah bertukar lantaran masa yang berlalu ataupun pertukaran pengurusan. Ada kemungkinan gerai / kedai yang JM maksudkan telah ditutup ataupun bertukar milik.

Buttered Prawn
Kelana Sea Food – telah tutup.
Restoran Serai - Shah Alam.

Kuey Teaw
Lau Wan – Kelana Jaya
Restoran Utara – Kelana Jaya.
Kuey Teaw Terbang – Hari Jumaat ( Masjid Al-Hidayah Kelana Jaya)

Jus Buah-buahan / Minuman
Gerai tepi jalan Masjid Al-Hidayah Kelana Jaya ( Jumaat).
Cendol Pak Akob – Shah Alam
Cendol Leman Nawi – Jalan Seremban – Rembau

Nasi Baryani
Restoran Ismail – Taman Tun Dr Ismail
JM Baryani – SS 13 Subang Jaya ( Nota – Bukan saya punya hanya kebetulan nama sahaja).

Gulai
Assam Pedas Ikan Keli – Restoran Simpang Renggam ( Selepas Toll Spg Renggam)
Ikan Patin Masak Tempoyak – Gerai Makan Bandar Bentong

Cucur Udang
Gerai bersebelah Petronas Pontian Kecil.

Tauhu Bakar
Gerai di Restoran Jaya ( Kelantan) – Kelana Jaya.

Sotong Kangkong
Gerai di Restoran Jaya ( Kelantan) – Kelana Jaya
Restoran Utara – Kelana Jaya

Ikan Bakar
Restoran Ikan Bakar – Kelana Jaya

Sup Daging / Sup Tulang
Gerai Pasar Tani – Shah Alam ( Ahad ).

Roti Canai

NR Tom Yam – Plaza Alam Sentral Shah Alam

Goreng Pisang
Goreng Pisang Azmi USJ / Shah Alam

Wednesday, December 10, 2008

Cerita makan - Kenangan Jijik

Ini cerita JM ( saya ) sepanjang tempoh JM sekeluarga makan di luar. Mungkin boleh dikongsi bersama-sama rakan lain. Atau mungkin boleh dijadikan pedoman kepada kita yang suka makan kat luar.

Terlintas di sanubari saya untuk menconteng di sini selepas insiden yang berlaku pada hari Ahad 7 Disember 2008.

Sebelum 7 Disember 2008.

Suatu pagi berhampiran restoran mamak di Kelana Jaya.

Bersama-sama Isteri - baru keluar dari kereta untuk menuju ke sebuah kedai mamak berdekatan. Bertembung dengan seorang rakan lama. "JM you nak makan kat situ ke ?", tanya kawan tersebut.

Ya kenapa ? tanya saya kembali. You tau tak salah seorang tukang masak kat situ penuh dengan kurap. Kalau you tak percaya you pergi tengok kat belakang kedai tempat mereka sedang masak......


Suatu petang minggu di sebuah kedai roti di Taipan USJ.

Semasa JM sedang sibuk menunggu tempat parking nak pi pekena teh tarik..tiba-tiba JM terpandang seorang pekerja di kedai roti sedang korek tahi hidung di depan kedainya. Yang vrummmmnya lepas tu dia masuk terus serve pelanggan....jijiknya.

Suatu malam minggu di sebuah kedai mamak di USJ X.

JM order sup ayam. Terperanjat JM bila tengok dia lap sudu dan garpu untuk sup tersebut dengan menggunakan kain lap meja...aduhhh jijiknya. JM kancel sup tu...tak bayar..complain kat owner. Owner sporting....dia kata pekerja import memang pengotor..puas dia ajar tapi tak nak ikut.

Suatu malam di kedai mamak di USJ XX

JM order nasi goreng cina. Tukang masak siap memasak. Tukang serve Minah Thai pula buat hal. Ada ke pula dia pegang daun bawang dan lain-lain perencah dengan tangan kiri. Tangan kanan dia simpan untuk apa.

JM terasa mual dan jijik lebih-lebih lagi JM nampak dia baru keluar dari arah dapur..mungkin ke tandas agaknya...Sekadar andaian...saja.

Suatu malam di kedai mamak di SS xx, Subang Jaya.

Sedang asyik JM dan isteri menjamah roti canai, JM terpandang si mamak yang sedang dok prepare roti nan bergurau senda dengan rakan sekerja. Tiba bebola kain yang digunakan untuk tekap roti nan dalam pasu pemanas terjatuh atas lantai. Kain tersebut terus digunakan untuk melekap roti nan yang baru diuli. JM cakap kat isteri...kalau roti itu kita yang punya JM tak nak makan dan tak nak bayar...nasib baik bukan JM yang punya...tapi kesianlah kat siapa yang terkena.

Ahad 7 Disember 2008 - Sesebuah kedai mamak di USJ Y.

Isteri dan akan-anak dah balik kampung untuk berhari raya, yang tinggal hanya JM dengan anak sulong. Seperti biasa kak Long memang tak suka keluar makan dan makanan pilihannya untuk dibungkus adalah nan dan tanduri.

JM pun ode nan dengan tanduri untuk makan di situ, sementara itu makanan untuk kak Long JM tak ode lagi..tunggu dekat nak habis makan baru JM nak ode.

Sedang asyik JM menjamah makanan tiba-tiba JM ternampak mamak yang buat roti nan tu.....sibuk mengelap peluhnya dengan kain yang dia gunakan untuk lap sudu dan pinggan roti nan. JM terus SMS kak Long...kancel ode....aduhhhhh...

Dalam sibuk-sibuk lap peluh tu dia garu-garu tengkoknya yang gatal. JM perhati gelagatnya.... langsung tak cuci tangan bila ada dia prepare the next order....wow tentu rasa masin extra..he he daki mamak tu....

Selasa 9 Disember 2008 di sebuah kedai makan di Subang Perdana Kg Melayu Subang.

JM dengan seorang rakan makanik lunch di situ lepas service kereta - Lauk self service . JM tanya mamak..... ayam kurma ada ke ?. Ada jawabnya. Masa nak ambil lauk JM tak jumpapun ayam kurma yang ada hanya kuahnya. Lalu JM pun tanya mamak tu lagi..mana dia daging ayam kurma.........dia tunjuk kat JM ayam gulai lalu dia ambil seketul dan direndam dalam kuah kurma......amboiii depan-depan kita dia kelentong.

Masa JM nak bayar lagi best. Resit RM 13.70, lalu JM beri mamak cashier RM 15.00. Si mamak tu terus pulang duit baki kat JM 30 sen saja. Sebelum melangkah keluar JM tercegat sekejab cuba-cuba congak duit baki. Bila saja JM toleh kat si mamak tu belum JM cakap apa-apa dia dah hulur RM kat JM......aduh....penipu besar.....