Sunday, February 22, 2009

Good Customer Service

Petang semalam Sabtu 21 Feb 2009, JM ke UiTM Shah Alam kerana mengantar anak ketiga JM ke pertandingan rugby amal untuk tabung Gaza anjuran bersama Unit Sukan UiTM dan Persatuan Rugbi Malaysia...kalau tak silap JM lah.

Semasa balik JM dan Isteri singgah makan bihun sup kat "Ani Sup Utara" di Seksyen 7 . Wow layanan kakitangan kat situ memang first class....syabas. JM nyatakan nama tempat di sini kerana inginkan mereka  mengekalkan mutu  dan taraf service mereka. Dalam masa lebih kurang 45 minit JM di sana, JM nampak pekerja mereka telah mengelap lantai sebanyak 2 kali....Bila saja ada  kawasan yang kosong (tiada pelanggan) mereka akan lap lantai...jadi tak heranlah kalau lantai kedai sentiasa bersih.

Situasi ini amat  berbeda dengan sebuah lagi cawangan mereka di Seksyen 9 Shah Alam, mutu perkhidmatan mereka amat teruk. Pekerja mereka amat lembab.

Jika ikut grade...cawangan Sek 7 tempat pertama, cawangan Sek 2 tempat kedua dan cawangan Plaza Alam Sentral tempat ketiga....dan cawangan Sek 9 tempat paling tercorot...JM tak pasti kalau mereka ada cawangan yang lain..tapi keempat-empat cawangan tersebut memang JM dah cuba....

Kantin Gred C

Pagi semalam Sabtu 21 Feb 2009, JM ke Mesyuarat Agong PIBG. JM sekadar menjadi pendengar sahaja dan sekali sekala mencelah. Ini kerana anak JM terlupa serahkan surat jemputan kepada JM, pagi tersebut baru dia teringat. Lantaran itu JM tak buat apa-apa persediaan.

Balik rumah, JM pun ceritalah sedikit-sebanyak apa-apa peristiwa yang berlaku semasa mesyuarat. Tiba-tiba anak JM menyampuk......katanya kantin sekolahnya mendapat penarafan KELAS C daripada MPSJ. Alangkah terperanjatnya JM bila mendengar kenyataan tersebut, kalaulah JM tahu awal-awal lagi tentu JM akan timbulkan semasa mesyuarat. Patutlah selama ini anak JM tidak pernah makan di kantin sekolahnya.