Petang semalam Sabtu 21 Feb 2009, JM ke UiTM Shah Alam kerana mengantar anak ketiga JM ke pertandingan rugby amal untuk tabung Gaza anjuran bersama Unit Sukan UiTM dan Persatuan Rugbi Malaysia...kalau tak silap JM lah.
Semasa balik JM dan Isteri singgah makan bihun sup kat "Ani Sup Utara" di Seksyen 7 . Wow layanan kakitangan kat situ memang first class....syabas. JM nyatakan nama tempat di sini kerana inginkan mereka mengekalkan mutu dan taraf service mereka. Dalam masa lebih kurang 45 minit JM di sana, JM nampak pekerja mereka telah mengelap lantai sebanyak 2 kali....Bila saja ada kawasan yang kosong (tiada pelanggan) mereka akan lap lantai...jadi tak heranlah kalau lantai kedai sentiasa bersih.
Situasi ini amat berbeda dengan sebuah lagi cawangan mereka di Seksyen 9 Shah Alam, mutu perkhidmatan mereka amat teruk. Pekerja mereka amat lembab.
Jika ikut grade...cawangan Sek 7 tempat pertama, cawangan Sek 2 tempat kedua dan cawangan Plaza Alam Sentral tempat ketiga....dan cawangan Sek 9 tempat paling tercorot...JM tak pasti kalau mereka ada cawangan yang lain..tapi keempat-empat cawangan tersebut memang JM dah cuba....
No comments:
Post a Comment