Pagi semalam Sabtu 21 Feb 2009, JM ke Mesyuarat Agong PIBG. JM sekadar menjadi pendengar sahaja dan sekali sekala mencelah. Ini kerana anak JM terlupa serahkan surat jemputan kepada JM, pagi tersebut baru dia teringat. Lantaran itu JM tak buat apa-apa persediaan.
Balik rumah, JM pun ceritalah sedikit-sebanyak apa-apa peristiwa yang berlaku semasa mesyuarat. Tiba-tiba anak JM menyampuk......katanya kantin sekolahnya mendapat penarafan KELAS C daripada MPSJ. Alangkah terperanjatnya JM bila mendengar kenyataan tersebut, kalaulah JM tahu awal-awal lagi tentu JM akan timbulkan semasa mesyuarat. Patutlah selama ini anak JM tidak pernah makan di kantin sekolahnya.
No comments:
Post a Comment