Dua hari berturut-turut JM pergi makan nasi campur ayam kampong di sebuah restoran di Taipan. Iaitu semalam hari Ahad dan hari Sabtu sebelumnya. Gara-gara Mem balik kampong uruskan tanah kebun. JM tak balik sebab kena tunggu anak bungsu yang banyak kerja sekolah yang belum siap, begitu juga dengan anak sulong yang banyak kertas projek yang perlu disiapkan.
Hari pertama Sabtu - JM pergi makan sekitar jam 3.00 petang, sorang-sorang saja sebab anak-anak JM memang jenis tak suka keluar masa tengah hari yang panas. Biasalah pada pendapat JM bila pergi lewat-lewat macam tu, tentu lauk ayam yang tinggal hanyalah baki-baki yang kecil, peha dan bahagian dada usah mimpilah. ...Lewat.....
Keesokannya hari Ahad ( semalamlah sebab hari ini JM baru postkan cerita ini). Macam biasa JM kesana lebih kurang jam 3.30 petang. Jadi yang ada hanyalah portion-portion ayam kampong yang kecil saja. Sedang JM asyik makan masuklah satu keluarga dari sebuah negeri "yang sama waktu" dengan tuan punya kedai tersebut. Alangkan terkejutnya JM bila nampak pekerja restoran tersebut keluarkan peha-peha dan bahagian dada ayam kompong yang solid molid. Sedangkan yang diletakkan di bahagian hidangan untuk pelanggan lain hanyalah ketulan-ketulan kecil yang lebih banyak tulang dari dagingnya.... faham-fahamlah ayam kampong.
JM cuba pujuk hati sendiri...itu keluarga mereka agaknya. Tapi cool JM hanya bertahan sekejab sahaja sebab semasa nak bayar JM ternampak resit harga keluarga tersebut......... Sakit hati JM dengan perangai puak-puak nih..... sampai businesspun nak asingkan orang luar dengan orang kite.....
No comments:
Post a Comment