Hari ini Isnin JM temankan isteri ke pasar Sek 6 Shah Alam. Alkisah teringin pula nak makan sayur taugeh. My wife ke sebuah gerai kakak Melayu..konon-kononnya..nak tolong orang Melayulah tuuu.. Sebab kesian tengok dia termenung sorang-sorang, tak ada pelanggan. Kebanyakan pelanggan ( Most of them Melayu ) bertumpu kesebuah gerai Ah Pek.
Sampai kat kereta my wifepun bersungut..macam mana orang kita nak beli kat sesama kita, cuba abang tengok nih..taugeh ni taugeh semalam. Kalau beli kat gerai Ah Pek tu..awal-awal lagi dia kata ini taugeh semalam dan harganya pula akan dipotong hampir separuh dari harga biasa. Kita bukan nak minta dia kurangkan harga tapi apa salahnya cakap ini taugeh semalam. JM pula jawab salah kita juga take thing for granted.... tak tengok betul-betul sebelum beli.
Lazimnya kami memang tahu kebanyakan sayur mau pun ikan-ikan kalau hari Isnin banyak yang di brought forward dari semalam ( Ahad ).
JM teringat dua kisah - pertama hari Sabtu lepas JM lunch di sebuah kedai di USJ XX, makan nasi lauk ayam goreng kampung. JM beli juga bungkus untuk anak sulong yang tak nak join. Sistem billing kat kedai tu memang canggih, pakai komputer lagi..pilih menu terus keluar bil.
Masa nak bayar JM bawa bil ke kuanter. Si Mamat cashier "klebet" makanan yang JM bungkus. Dia caj sekali lagi...lalu JM tanya kenapa mahal sangat nih...RM 20 lebih, dalam bil cuma RM 15 je. Ohhh dah kira ke bungkus tu.....tanpa mohon maaf...
Kisah kedua - Malam Ahad JM dan wife ke Kelana Jaya ..makan kueh teaw goreng...kat mana lagi kalau tak ..Lau Wan.
Masa pelayan dia hantar .... kami ode tambahan untuk bungkus. Sedang enak kami makan ode bungkuspun sampai. JM tanya berapa harga dan terus bayar... si pelayan ambil duit dan pulangkan baki sambil berkata ...sorry ye ganggu encik tengah makan.... Lihatlah Melayu..cam mana kaum China berniaga...