Terlintas di sanubari saya untuk menconteng di sini selepas insiden yang berlaku pada hari Ahad 7 Disember 2008.
Sebelum 7 Disember 2008.
Suatu pagi berhampiran restoran mamak di Kelana Jaya.
Bersama-sama Isteri - baru keluar dari kereta untuk menuju ke sebuah kedai mamak berdekatan. Bertembung dengan seorang rakan lama. "JM you nak makan kat situ ke ?", tanya kawan tersebut.
Ya kenapa ? tanya saya kembali. You tau tak salah seorang tukang masak kat situ penuh dengan kurap. Kalau you tak percaya you pergi tengok kat belakang kedai tempat mereka sedang masak......
Suatu petang minggu di sebuah kedai roti di Taipan USJ.
Semasa JM sedang sibuk menunggu tempat parking nak pi pekena teh tarik..tiba-tiba JM terpandang seorang pekerja di kedai roti sedang korek tahi hidung di depan kedainya. Yang vrummmmnya lepas tu dia masuk terus serve pelanggan....jijiknya.
Suatu malam minggu di sebuah kedai mamak di USJ X.
JM order sup ayam. Terperanjat JM bila tengok dia lap sudu dan garpu untuk sup tersebut dengan menggunakan kain lap meja...aduhhh jijiknya. JM kancel sup tu...tak bayar..complain kat owner. Owner sporting....dia kata pekerja import memang pengotor..puas dia ajar tapi tak nak ikut.
Suatu malam di kedai mamak di USJ XX
JM order nasi goreng cina. Tukang masak siap memasak. Tukang serve Minah Thai pula buat hal. Ada ke pula dia pegang daun bawang dan lain-lain perencah dengan tangan kiri. Tangan kanan dia simpan untuk apa.
JM terasa mual dan jijik lebih-lebih lagi JM nampak dia baru keluar dari arah dapur..mungkin ke tandas agaknya...Sekadar andaian...saja.
Suatu malam di kedai mamak di SS xx, Subang Jaya.
Sedang asyik JM dan isteri menjamah roti canai, JM terpandang si mamak yang sedang dok prepare roti nan bergurau senda dengan rakan sekerja. Tiba bebola kain yang digunakan untuk tekap roti nan dalam pasu pemanas terjatuh atas lantai. Kain tersebut terus digunakan untuk melekap roti nan yang baru diuli. JM cakap kat isteri...kalau roti itu kita yang punya JM tak nak makan dan tak nak bayar...nasib baik bukan JM yang punya...tapi kesianlah kat siapa yang terkena.
Ahad 7 Disember 2008 - Sesebuah kedai mamak di USJ Y.
Isteri dan akan-anak dah balik kampung untuk berhari raya, yang tinggal hanya JM dengan anak sulong. Seperti biasa kak Long memang tak suka keluar makan dan makanan pilihannya untuk dibungkus adalah nan dan tanduri.
JM pun ode nan dengan tanduri untuk makan di situ, sementara itu makanan untuk kak Long JM tak ode lagi..tunggu dekat nak habis makan baru JM nak ode.
Sedang asyik JM menjamah makanan tiba-tiba JM ternampak mamak yang buat roti nan tu.....sibuk mengelap peluhnya dengan kain yang dia gunakan untuk lap sudu dan pinggan roti nan. JM terus SMS kak Long...kancel ode....aduhhhhh...
Dalam sibuk-sibuk lap peluh tu dia garu-garu tengkoknya yang gatal. JM perhati gelagatnya.... langsung tak cuci tangan bila ada dia prepare the next order....wow tentu rasa masin extra..he he daki mamak tu....
Selasa 9 Disember 2008 di sebuah kedai makan di Subang Perdana Kg Melayu Subang.
JM dengan seorang rakan makanik lunch di situ lepas service kereta - Lauk self service . JM tanya mamak..... ayam kurma ada ke ?. Ada jawabnya. Masa nak ambil lauk JM tak jumpapun ayam kurma yang ada hanya kuahnya. Lalu JM pun tanya mamak tu lagi..mana dia daging ayam kurma.........dia tunjuk kat JM ayam gulai lalu dia ambil seketul dan direndam dalam kuah kurma......amboiii depan-depan kita dia kelentong.
Masa JM nak bayar lagi best. Resit RM 13.70, lalu JM beri mamak cashier RM 15.00. Si mamak tu terus pulang duit baki kat JM 30 sen saja. Sebelum melangkah keluar JM tercegat sekejab cuba-cuba congak duit baki. Bila saja JM toleh kat si mamak tu belum JM cakap apa-apa dia dah hulur RM kat JM......aduh....penipu besar.....
No comments:
Post a Comment