Friday, June 12, 2009

Tidak Semua Barang Import Berkualiti

Kali ini JM nak cerita tentang tipu muslihat mamat pekerja di Restoran Syed SS 19 Subang Jaya. Rabu lepas 10 Jun 2009, JM dan isteri bersarapan di situ kira-kira jam 7.30 pagi. Pelanggan hanya ada dua tiga orang sedang makan yang lain terdapat pekerja-pekerja yang dalam proses pertukaran shift ( tiori JM sebab tengok ramai dari mereka yang tak pakai pakaian seragam, rambut kusut masai dan muka memang tak mandi ).

Tiba-tiba sahaja perut JM meragam. Semasa JM nak naik ketingkat atas ( toilet di tingkat atas restoran), seorang pekerja di situ cakap kat JM yang tandas rosak. Lantas JM pun minta isteri JM minum cepat-cepat untuk balik kerumah. Semasa nak bayar JM bertanya kepada cashier ( pekerja tempatan) dah lamake tandas rosak. Cashier tersebut terpinga-pinga katanya tandas okey tak rosak.

To confirm that statement JM meluru naik ke atas, memang betul ada notis "rosak" pada kedua-dua tandas lelaki dan wanita. Tapi JM buat bodoh je terus masuk dan buat business tanpa sebarang masalah.

Siasat punya siasat barulah JM faham rupa-rupanya mamat-mamat import tu yang auta kata rosak sebab mereka nak masuk mandi bagi pertukaran shift.

Inilah masalahnya bila pekerja shift yang menetap di restoran dan menggunakan tandas yang sama dengan pelanggan.

 

Wednesday, June 10, 2009

Kehilangan Pelanggan Tetap

Kali ini JM nak cerita bagaimana Restoran D***** kehilangan pelanggan tetapnya kepada sebuah restoran lain yang berdekatan..... Restoran A*****.

Pada 23 hb Mei yang lalu JM, Isteri bersama-sama anak JM dan dua orang rakannya baru pulang dari Putrajaya. Anak JM dan rakannya tersangat lapar, dipendekkan cerita JM pun bawalah mereka ke Restoran Penal kami (nama timbangan kami sebab kami pelanggan tetap di situ). Sampai di Restoran D***** jam 12.30 tgh hari. Happy kami kerana tiada pelanggan tentulah ode cepat dapat. Malangnya masakan panas belum siap lagi (ikut iklan boleh mula ode jam 12.00 pm) kerana seorang daripada tukang masak balik kampong. Sementara seorang lagi tukang masuk belum masuk kerja. 

Oleh kerana anak saya  tesangat lapar kamipun berpindah ke restoran A***** yang bertentangan. Aduh mak rupa-rupanya masakan di situ jaga amat enak, malah ownernya pula begitu peramah berbanding dengan owner Restoran D**** yang agak reserved.

Jadi sejak daripada hari itu juga kami dah ada dua pilihan restoran makan yang berdekatan...... dah ada choice, kalau sebelah ramai kami akan ke sebelah yang satu lagi. 

Mungkin ada yang bertanya kenapa sebelum ini tak cuba di Restoran A*****, jawapannya adalah Restoran A***** mengadap cahaya matahari....ianya agak panas. Tapi walau bagaimanapun sekarang selepas JM mencuba di situ...ianya berbaloi sebab makanannya sedap disamping layanan mesra daripada ownernya.