Kali ini JM nak cerita tentang tipu muslihat mamat pekerja di Restoran Syed SS 19 Subang Jaya. Rabu lepas 10 Jun 2009, JM dan isteri bersarapan di situ kira-kira jam 7.30 pagi. Pelanggan hanya ada dua tiga orang sedang makan yang lain terdapat pekerja-pekerja yang dalam proses pertukaran shift ( tiori JM sebab tengok ramai dari mereka yang tak pakai pakaian seragam, rambut kusut masai dan muka memang tak mandi ).
Tiba-tiba sahaja perut JM meragam. Semasa JM nak naik ketingkat atas ( toilet di tingkat atas restoran), seorang pekerja di situ cakap kat JM yang tandas rosak. Lantas JM pun minta isteri JM minum cepat-cepat untuk balik kerumah. Semasa nak bayar JM bertanya kepada cashier ( pekerja tempatan) dah lamake tandas rosak. Cashier tersebut terpinga-pinga katanya tandas okey tak rosak.
To confirm that statement JM meluru naik ke atas, memang betul ada notis "rosak" pada kedua-dua tandas lelaki dan wanita. Tapi JM buat bodoh je terus masuk dan buat business tanpa sebarang masalah.
Siasat punya siasat barulah JM faham rupa-rupanya mamat-mamat import tu yang auta kata rosak sebab mereka nak masuk mandi bagi pertukaran shift.
Inilah masalahnya bila pekerja shift yang menetap di restoran dan menggunakan tandas yang sama dengan pelanggan.
No comments:
Post a Comment