Wednesday, December 17, 2008

Lima biji Epal import RM42/=

Hari ini mem teringin nak makan ikan bakar. Jadi dia masak nasi sahaja.... lauk beli kat luar. Seperti biasalah kalau nak makan ikan bakar kami akan ke Restoran Ikan Bakar Fendi di Kelana Jaya ( lihat my first entry) . Sementara menunggu ikan dibungkus kami berdua minum ABC dan cikong. Lepas tu kami ke sebuah pasar raya berdekatan.
My wife beli tiga biji belimbing besi, tiga biji jambu tanpa biji dan lima biji epal. Terperanjat beruk dia bila nak bayar harga semuanya mencecah RM50/= lebih. " Apa yang mahal ni dik 3 barang sampai RM50/= lebih?", tanya my wife. Si cashier pun agak terteranjat...rupa-rupanya harga epal lima biji adalah RM42/= .
Si cashier terus membawa epal tersebut ketempat timbangan untuk reconfirm harga, dengan selamba minah tempat timbangan tu berkata memanglah mahal sebab epal import. Lalu my wife mencelah..... " import dari plenet mana dik ?".
Setelah didesak oleh Cashier dan juga my wife, minah timbang baru terperasan dia salah key in code masa nak timbang.
Nasib baik beli 3 barang saja, kalau lebih tentu tak perasan....

No comments:

Post a Comment